Wednesday, 21 May 2014

Fuhh Fuhhh (sedang meniup habuk di keyboard).....

Assalam.........

Berhabuk dah keyboard kita nie... Yerla bertahun rasanya tak menaip... Hehehe.... Ermm kena pasang azam nie nak update balik blog... Yer la da ada anak nie tak mo dah malas-malas... Kena kerja keras nak kerja cita-cita....


Monday, 13 May 2013

Bagai baby baru nak merangkak...

Annyeonghaseyo...

Sekarang Elis mula nak kembangkan perniagaan Elis, Rasa rugi pulak kan kalau dah daftar tapi SSM simpan dalam almari.

En. Hubby sentiasa doakan usaha Elis dan tak pernah letih bagi sokongan. Die tahu inilah impian Elis...

 InsyaAllah, jika ada kelapangan Elis akan update tentang Elarry Wedding Galery yang baru nak belajar merangkak...

 

Monday, 18 February 2013

Cinta Elis & Arri...

Annyeonghaseyo...

Hari nie Elis nak berceloteh tentang kisah cinta Elis dengan En. Hubby... Nak flash back semula lima tahun lepas. Kisah kami nie takde la sehebat kisah cinta Romeo & Juliet, Shah Jehan & Mumtaz ataupun watak2 romantik yang dalam filem/drama kerana kami hanya insan biasa yang memiliki hati untuk disayangi dan menyayangi.

Laut China Selatan memisahkan antara Elis dan si jantung hati sebab time Elis kenal dengan die Elis masih lagi study di UNIMAS. Mulanya dialah tempat Elis lepaskan geram, tempat Elis hilangkan rasa bosan @ tension sebab die nie setia mendengar apa sahaja celoteh yang keluar dari mulut Elis nie. Sabar melayan kerenah Elis. Tapi, satu hari dia bagitau yang die dah mula jatuh hati.... Masa tue terperanjat jugak sebab Elis memang takde hati langsung pada die. Hati Elis masa tue ada pada orang lain...

Sepupu kesayangan Elis, cik Dila nasihatkan Elis suruh bagi die satu peluang sebab die baik dan nampak keikhlasannya. Sepupu Elis kata rupa bukan segalanya dan tak menjamin kebahagiaan pown. cik Dila bagi Elis satu novel tajuk die 'Atas Nama Cinta'.

Atas Nama Cinta : Lily Suriani

Lepas Elis khatam jerk baca novel tue tiba-tiba rasa lain semacam.....

Friday, 15 February 2013

Rasa macam nak buat blog baru lagi???!!!

Hahaha... Giler ke ape Elis ni.. Bila dah buat blog cantik-cantik pastu ada problem. Menyampah betul. Geram jerk rasa... Tapi kali nie lantak la.. Elis buat blog nie pown bukan nak menunjuk-nunjuk kat orang tapi sebagai kepuasan diri Elis sendiri..

So, pasrah aja lah... 



Kereta Kena Pecah!!!

Lama tak update entri sebab duk sibuk nak memenuhkan blog dengan widget... Selagi tak penuh tak puas hati.. Tambah-tambah lagi stress jugak dgn masalah tempat kerja so, memang takda masa nak update blog.

Tapi hari nie nak share kat semua org tentang musibah yang elis lalui 2 hari lepas (13 Februari 2013/ Rabu) saje gediks nak tulis date supaya ingat sampai bila-bila kejadian nie. Memang first time jadi dalam life Elis dan En. Hubby. 

Kereta kitorang kena pecah kat parking kereta belakang ofis Elis. Officemate nampak penjahat tue tengah terbongkok-bongkok nak rembat ape ntah lagi.. Maybe diorg jerit so, ape lagi lari la diorg dengan motor.. Kereta nak kejar motor memang cium asap jer lah.. Celok sana celok sini hilang.

Masa HR call bagitau suruh turun sebab kereta kena pecah tue memang menggigil la.. Dalam otak takut giler En. Hubby akan marah... Call En. Hubby berkal-kali tak diangkat-angkat. Memang rasa macam nak menangis masa tue sebab takut sangat + tak tau nak buat apa masa tue. 

Elis sampai call ofis die.. Selang beberapa minit baru la die call balik. Nada memang marah la. Ermm pastu soal siasat kalah polis. Gaya die macam Elis plak yang nak benda tue jadi. Gerammmm!!!!

Nie la jadinya kat BEK 1***... Cian die... (-.-)


Dalam masa beberapa minit saje boleh jadi camni. Hebat betul diorg nie..



Laporan polis... Harap2 tido lokap la org jahat tue.

Tuesday, 12 February 2013

Intai-Intai Clomid

Salam sayang untuk semua...

Pejam celik pejam celik dah dua bulan rupanya Elis bergelar seorang isteri. Dalam dua bulan nie jugak Elis dan En. Hubby berusaha nak dapatkan cahaya mata. Lagi-lagi la Elis, yer la sebab target Elis sebenarnya nak bunting pelamin… Hehehe. Tapi, tu la kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan.


Hari-hari Elis search internet dan tanya kat kawan-kawan yang dah pengalaman lebih lama dari Elis. So, bermacam-macam la jugak ilmu dan petua yang Elis dapat. Antaranya Clomid. Clomid ni Elis terbaca dalam satu forum fav. Elis.



Mula-mula nak try gak guna Clomid ni, tapi tiba-tiba rasa takut plak. Errrmm korang nak tau apa tu Clomid? 
Clomid nie adalah ubat kesuburan yang paling terkenal dan rasanya ramai wanita di luar sana yang ingin hamil mengamalkan pengambilan Clomid nie. Ia didatangkan dalam bentuk pil yang murah dan amat mudah digunakan dimana ia berkesan dalam merangsang ovulasi.

Tapi, dari segi pembacaan Elis sendiri Clomid nie diambil oleh wanita yang sukar untuk hamil. Mungkin 5, 10 atau bertahun-tahun dah menunggu untuk menjadi ibu dan ayah. Dan, biasanya ia berkait dengan masalah ovulasi seperti PCOS.

Clomid nie bertindak dengan menggalakkan pembentukan dan pertumbuhan folikel dalam ovari dengan harapan telur menjadi matang dan seterusnya akan berlakulah ovulasi.

Bagaimanapun,pengambilan Clomid nie perlulah ada nasihat daripada Doktor sendiri. Tak boleh la kita ambil sesuka hati walaupun ia ada di jual di farmasi kerana jumlah dos yang harus diambil bergantung kepada individu itu sendiri.

Jika diambil secara berlebihan ataupun berkurangan kebarangkalian besar usaha menggunakan Clomid untuk hamil tidak menjadi atau ia meninggalkan kesan sampingan terhadap kesihatan kita.



Nak tau apa itu Clomid dengan lebih lanjut? Jom kita sama-sama intai mengenai Clomid ini kepada yang lebih pakar. Korang boleh la klik SINI untuk tahu dengan lebih lanjut mengenai kaedah pengambilan Clomid untuk
hamil.

Jubah Biru...

Salam Sayang...


Alhamdulillah… Akhirnya perjuangan selama tiga tahun setengah membuahkan hasil yang sangat bernilai. Aku berjaya berdiri di atas pentas itu dengan debaran dan senyuman di dalam jubah biru.

Aku masih ingat saat bagaimana jerih payah aku nak melangkah ke gerbang itu. Bukan mudah, apatah lagi ketika itu hidup aku hanya sebatang kara. Ibu pergi juga meninggalkan aku dan adik. Pelbagai rintangan terpaksa aku lalui ketika itu. Biarlah air mata itu ku simpan dalam-dalam menjadi kenangan hidup. Tak perlu untuk aku tangisi apa yang telah berlalu. Segala rentak, jatuh, bangun, suka, duka, perit yang ku lalui sepanjang merantau di tempat orang untuk mengejar kehidupan yang lebih baik akan aku semat dalam ingatan.

Untuk kejar cita-cita dan maruah aku lepaskan cinta. Cinta kononnya… Huh, kalau cinta sepatutnya beri sokongan bukan ugutan. Ada ke patut dia tak bagi aku sambung study sebab tak nak aku lebih dari dia.. Hmmm… malu katanya nanti aku ada ijazah dia hanya SPM. 
               
 Berpegang dengan prinsip:-
                
 “Kejarlah cita-cita sebelum cinta kerana Cinta pasti akan datang apabila tercapai cita-cita”
               
 Akhirnya aku dapat apa yang aku inginkan. Cita-cita dan cinta sekaligus. Terima kasih suamiku, kerana hadir dalam hidup saya dan sudi menerima diri ini. Tanpa suamiku mungkin aku tak merasa pakai jubah biru ni… Dialah yang banyak memberi sokongan dan dorongan serta sabar dengan karenah aku sepanjang tiga tahun aku bergelar mahasiswi…



Kat Bandar Kuching.. 

Simptom2 nak demam. 

Depan pintu masuk belakang

Sy dan cozmate (Aqilah & Amy)



dikurniakan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Kajian Komunikasi)

Angry Bird & Sunflower dr si Dia


Saat ini menggelabah abis, sampai salah step.. hehe

Dapat amik gambar kat fakulti baru, jadilahhh...


Night View

Kat pintu masuk depan

Saya dan Cinta

Adik Wira Biru kat umah. No flat same tue...


Ops.. bukan segulung la..


Harus la posing kat Jambatan Cinta ni..

Tasek UNIMAS

Saya dan dia

Kami Bangga...

Saya dan Cinta kat Studio..

Nak balik KL sudah...

Saya lagi...

Saya dan dia lagi...

Kat dalam dewan baru DeTAR UNIMAS.
                
* Gila posing depan kamera. hehehe