Monday 18 February 2013

Cinta Elis & Arri...

Annyeonghaseyo...

Hari nie Elis nak berceloteh tentang kisah cinta Elis dengan En. Hubby... Nak flash back semula lima tahun lepas. Kisah kami nie takde la sehebat kisah cinta Romeo & Juliet, Shah Jehan & Mumtaz ataupun watak2 romantik yang dalam filem/drama kerana kami hanya insan biasa yang memiliki hati untuk disayangi dan menyayangi.

Laut China Selatan memisahkan antara Elis dan si jantung hati sebab time Elis kenal dengan die Elis masih lagi study di UNIMAS. Mulanya dialah tempat Elis lepaskan geram, tempat Elis hilangkan rasa bosan @ tension sebab die nie setia mendengar apa sahaja celoteh yang keluar dari mulut Elis nie. Sabar melayan kerenah Elis. Tapi, satu hari dia bagitau yang die dah mula jatuh hati.... Masa tue terperanjat jugak sebab Elis memang takde hati langsung pada die. Hati Elis masa tue ada pada orang lain...

Sepupu kesayangan Elis, cik Dila nasihatkan Elis suruh bagi die satu peluang sebab die baik dan nampak keikhlasannya. Sepupu Elis kata rupa bukan segalanya dan tak menjamin kebahagiaan pown. cik Dila bagi Elis satu novel tajuk die 'Atas Nama Cinta'.

Atas Nama Cinta : Lily Suriani

Lepas Elis khatam jerk baca novel tue tiba-tiba rasa lain semacam.....

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana singgah di blog Diari Nora Ellysa (^_^)
Silalah tinggalkan komen anda walaupun dengan satu patah perkataan sebagai tanda sahabat. Orang kata bersahabat biar berjuta2.. Hehehe.. TQ.