Tuesday 12 February 2013

Jubah Biru...

Salam Sayang...


Alhamdulillah… Akhirnya perjuangan selama tiga tahun setengah membuahkan hasil yang sangat bernilai. Aku berjaya berdiri di atas pentas itu dengan debaran dan senyuman di dalam jubah biru.

Aku masih ingat saat bagaimana jerih payah aku nak melangkah ke gerbang itu. Bukan mudah, apatah lagi ketika itu hidup aku hanya sebatang kara. Ibu pergi juga meninggalkan aku dan adik. Pelbagai rintangan terpaksa aku lalui ketika itu. Biarlah air mata itu ku simpan dalam-dalam menjadi kenangan hidup. Tak perlu untuk aku tangisi apa yang telah berlalu. Segala rentak, jatuh, bangun, suka, duka, perit yang ku lalui sepanjang merantau di tempat orang untuk mengejar kehidupan yang lebih baik akan aku semat dalam ingatan.

Untuk kejar cita-cita dan maruah aku lepaskan cinta. Cinta kononnya… Huh, kalau cinta sepatutnya beri sokongan bukan ugutan. Ada ke patut dia tak bagi aku sambung study sebab tak nak aku lebih dari dia.. Hmmm… malu katanya nanti aku ada ijazah dia hanya SPM. 
               
 Berpegang dengan prinsip:-
                
 “Kejarlah cita-cita sebelum cinta kerana Cinta pasti akan datang apabila tercapai cita-cita”
               
 Akhirnya aku dapat apa yang aku inginkan. Cita-cita dan cinta sekaligus. Terima kasih suamiku, kerana hadir dalam hidup saya dan sudi menerima diri ini. Tanpa suamiku mungkin aku tak merasa pakai jubah biru ni… Dialah yang banyak memberi sokongan dan dorongan serta sabar dengan karenah aku sepanjang tiga tahun aku bergelar mahasiswi…



Kat Bandar Kuching.. 

Simptom2 nak demam. 

Depan pintu masuk belakang

Sy dan cozmate (Aqilah & Amy)



dikurniakan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Kajian Komunikasi)

Angry Bird & Sunflower dr si Dia


Saat ini menggelabah abis, sampai salah step.. hehe

Dapat amik gambar kat fakulti baru, jadilahhh...


Night View

Kat pintu masuk depan

Saya dan Cinta

Adik Wira Biru kat umah. No flat same tue...


Ops.. bukan segulung la..


Harus la posing kat Jambatan Cinta ni..

Tasek UNIMAS

Saya dan dia

Kami Bangga...

Saya dan Cinta kat Studio..

Nak balik KL sudah...

Saya lagi...

Saya dan dia lagi...

Kat dalam dewan baru DeTAR UNIMAS.
                
* Gila posing depan kamera. hehehe

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana singgah di blog Diari Nora Ellysa (^_^)
Silalah tinggalkan komen anda walaupun dengan satu patah perkataan sebagai tanda sahabat. Orang kata bersahabat biar berjuta2.. Hehehe.. TQ.