Tuesday 12 February 2013

Intai-Intai Clomid

Salam sayang untuk semua...

Pejam celik pejam celik dah dua bulan rupanya Elis bergelar seorang isteri. Dalam dua bulan nie jugak Elis dan En. Hubby berusaha nak dapatkan cahaya mata. Lagi-lagi la Elis, yer la sebab target Elis sebenarnya nak bunting pelamin… Hehehe. Tapi, tu la kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan.


Hari-hari Elis search internet dan tanya kat kawan-kawan yang dah pengalaman lebih lama dari Elis. So, bermacam-macam la jugak ilmu dan petua yang Elis dapat. Antaranya Clomid. Clomid ni Elis terbaca dalam satu forum fav. Elis.



Mula-mula nak try gak guna Clomid ni, tapi tiba-tiba rasa takut plak. Errrmm korang nak tau apa tu Clomid? 
Clomid nie adalah ubat kesuburan yang paling terkenal dan rasanya ramai wanita di luar sana yang ingin hamil mengamalkan pengambilan Clomid nie. Ia didatangkan dalam bentuk pil yang murah dan amat mudah digunakan dimana ia berkesan dalam merangsang ovulasi.

Tapi, dari segi pembacaan Elis sendiri Clomid nie diambil oleh wanita yang sukar untuk hamil. Mungkin 5, 10 atau bertahun-tahun dah menunggu untuk menjadi ibu dan ayah. Dan, biasanya ia berkait dengan masalah ovulasi seperti PCOS.

Clomid nie bertindak dengan menggalakkan pembentukan dan pertumbuhan folikel dalam ovari dengan harapan telur menjadi matang dan seterusnya akan berlakulah ovulasi.

Bagaimanapun,pengambilan Clomid nie perlulah ada nasihat daripada Doktor sendiri. Tak boleh la kita ambil sesuka hati walaupun ia ada di jual di farmasi kerana jumlah dos yang harus diambil bergantung kepada individu itu sendiri.

Jika diambil secara berlebihan ataupun berkurangan kebarangkalian besar usaha menggunakan Clomid untuk hamil tidak menjadi atau ia meninggalkan kesan sampingan terhadap kesihatan kita.



Nak tau apa itu Clomid dengan lebih lanjut? Jom kita sama-sama intai mengenai Clomid ini kepada yang lebih pakar. Korang boleh la klik SINI untuk tahu dengan lebih lanjut mengenai kaedah pengambilan Clomid untuk
hamil.

2 comments:

Terima kasih kerana singgah di blog Diari Nora Ellysa (^_^)
Silalah tinggalkan komen anda walaupun dengan satu patah perkataan sebagai tanda sahabat. Orang kata bersahabat biar berjuta2.. Hehehe.. TQ.